Pada 21 Julai 2011, khamis satu aktiviti telah diadakan antara pelajar-pelajar Tahun Asasi Sains dan Komputer. Aktiviti ini diadakan atas permintaan pelajar-pelajar untuk memperbaiki “carry mark” bagi subjek “Introduction To Computer’. Aktiviti ini dijalankan dengan kebenaran daripada En. Izwan ,pensyarah bagi subjek tersebut. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada kalangan pelajar. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya ialah, ‘Treasure Hunt’, ‘Futsal’, kayak, dan aktiviti BBQ pada waktu malam. Semua aktiviti ini dijalankan di kawasan unisel. Sebelum aktiviti ini diadakan pihak AJK mengutip duit sebanyak RM 10 daripada semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti ini untuk menangguh kos perbelanjaan bagi aktiviti yang diadakan termasuk aktiviti BBQ.
Mula-mula saya rasa malas untuk menyertai aktiviti tersebut sebab memang sejak dulu lagi saya tak berminat dengan ‘outdoor games’. Selain itu pada hari itu jadual saya memang penuh dengan kelas, dari 8.30pg hingga 7.00mlm. Tapi tanpa saya sedari ,saya tukar keputusan saya. Saya nak menyertai aktiviti tersebut kerana aktiviti itu dijalankan untuk memperbaiki ‘carry mark’ untuk subjek tersebut. Dengan menyertai aktiviti ini saya dapat meningkatkan markah saya . Selain itu saya dapat mengeratkan hubungan saya dengan kawan –kawan saya dengan meluangkan masa bersama mereka.
Aktiviti ini bermula dengan pertandingan ‘Treasure Hunt’. Semua pelajar berkumpul di hadapan Perpustakaan mengikut kumpulan ‘Country’ masing-masing. AJK yang tanggungjawab untuk aktiviti ‘Treasure Hunt’ memberi taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti tersebut. Kumpulan saya Concordia terdiri daripada 6 ahli termasuk saya.Semasa aktiviti ini kami menghadapi pelbagai cabaran tetapi semuanya dapat diatasi dengan kerjasama antara ahli kumpulan. Kami menghadapi kesukaran untuk mencari ‘check point’ yang ketiga.Walaupun sudah letih ,kami tidak mengaku kalah.Kami meneruskan pencarian kami sehingga berjaya.
Aktiviti ini memang memenatkan saya. Saya dan ahli kumpulan saya rasa letih kerana lari ke sana dan ke sini untuk mencari check point. Atas kerjasama antara ahli kumpulan, kumpulan saya tidak tersesat dan berjaya sampai ke check point yang terakhir. Kami menyerahkan semua barangan yang kami terima di setiap ‘check point’. Antara barang yang kami terima ialah telur,belon,gula mentos ,rocket kertas, dan yang akhir sekali ialah minyak dalam penutup botol. Saya rasa lega selepas menyerahkan semua barang tersebut. Markah untuk aktiviti ini dikira berdasarkan keadaan barang yang diserahkan.
Selepas aktiviti tersebut, kami diberi masa untuk untuk berehat. Aktiviti seterusnya ialah futsal dan kayak.Kedua-dua aktiviti tersebut dijalankan serentak kerana kesuntukan masa. Semua wajib menyertai salah satu aktiviti tersebut. Saya menyertai aktiviti kayak. Mula mula rasa gelisah sebab tak pandai berkayak. Saya pernah berkayak semasa saya menyertai PLKN.Walaupun tahu ‘basic skill’ tapi tak berani untuk berkayak.Pada hari itu Izyan sudi menjadi ‘partner’ saya. Pengalaman berkayak dengan Izyan memang seronok.Sambil berkayak Izyan mengajar saya cara-cara untuk berkayak.Selain itu ,semasa berkayak kami rasa tenang dan tidak dapat merasakan keletihan. Yang paling menyeronokkan ialah apabila membuat pusingan di fountain, walaupun kena basah sikit tapi memang menyerorokkan.
Selepas dah sampai jeti,AJK menanya soalan yang berkaitan dengan subjek ICT. Kalau dapat jawab dengan baik dapat markah.Saya dengan Izyan dapat menjawab soalan dengan baik.Sebelum balik, kami sempat tangkap gambar dengan En.Izwan untuk kenangan.Sebelum itu, AJK juga mengingatkan kami untuk berkumpul di Faculty ICT pada pukul 8.30mlm untuk aktiviti BBQ.
Bila sudah sampai hostel, memanh tak ada tenaga langsung. Rasa lapar, mengantuk dan letih .Pada hari itu saya sempat makan roti sahaja sebab tak ada masa untuk masak. Semasa saya tiba di sana, AJK menyediakan barang-barang untuk BBQ. Saya berada di sana selama 1 ½ jam. Selepas itu saya dan kawan saya minta kebenaran daripada En.Izwan untuk pulang ke hostel.Saya tak dapat menyertai BBQ sehingga tamat kerana saya ‘vegetarian’ pada hari itu. Sebelum pulang, kami sempat ambil gambar bersama En.Izwan.
Memang hari itulah hari yang paling memenatkan saya selama saya berada di unisel. Keesokkan harinya, kena bangun awal sebab ada kelas.Apabila mengenang semula semua perkara yang berlaku pada hari itu memang menyeronokkan walaupun letih.Aktiviti itu menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan……………………………….